Sunday, November 23, 2008

Kelas Manik Labuci Nora Abd Rahman

Setelah sekian lama mengintai masa dan peluang untuk menghadiri kelas beliau, akhirnya semalam 22/11/08 bersama Lin dapat juga mengikuti kelas berkenaan. Nora dan adiknya Lily begitu bersungguh-sungguh, tulen untuk berkongsi idea dan kepakaran yang ada di dada. Kehadiran Rosita Jaafar menguja suasana. Yang paling best, cabutan bertuah sample jahitan Lily menjadi koleksiku emm...

Class of 221108
Bersama Rosita Jaafar, Nora & Lily Inilah Cikgu Nora yang cantik dan tinggi lampai
Lin, Lily & myself
Lin & Lily
Lin sempat posing habis dengan jarum menyulam manik di tangan....

Lin & As, rakan sekumpulan Cikgu Lily & As

Azreen, dari MAS juga rakan sekumpulan

Angah, peserta paling muda dan peserta-peserta lain

Sungguh tanpa disangka-sangka gurauan mengusik dengan mengatakan Lily naughty tidak menyiapkan contoh jahitan manik sebelum kelas bermula telah membawa tuah. Nombor 5 telah dipilih oleh bonda Nora ketika cabutan bertuah. Sample jahitan Lily ini yang menjadi hadiah cabutan bertuah kini menjadi koleksi peribadi.


Tidak sah la kan pergi kelas tanpa ambil gambar kenangan bersama-sama sifu. Terima kasih Nora & Lily kerana sabar melayan kerenah anak-anak murid yang banyak ragam. Ada yang patah jarum, ada juga terjahit tudung dipakai dengan kain jahitan manik di tangan!


Sesi bersama Puan Rosita Jaafar memang ditunggu-tunggu, peminat beliau la katakan. Semua 3 buku tulisan RJ dibawa ke kelas utuk ditandatangan. RJ juga tak lokek ilmu berkongsi kaedah melukis patern di baju, pemilihan warna dan motivasi diri. Emm menarik tu...


2 comments:

Amirah Hulwani binti Ahmad Adli said...

Hai Kak Ida,

:: Tahniah dah jadi kumpulan beaders Nora...hehehehe....
:: Bila akak nak bukak FP pulak?
:: Pas ni boleh la kita tukar2 idea ye...
:: Bole ke kak?

~Mira~

Anonymous said...

Hi Mira,
Sebenarnya FP kak ida ada, mira klik kat sebelah kiri blog ni under Galeri Yasmin. Selalunya kak ida update blogspot dulu, bila ada masa lapang lebih baru kak ida upload FP. Upload kat FP ni gambar selalu tak lepas. Tu yang ada malas sikit. Akak memang suka sangat kalau kita boleh bertukar2 idea.